Bab 2
Semenjak tiga bulan
yang lalu memang menjadi tugas Ana ke rumah Mak Wan yang terletak lebih kurang
tiga ratus meter dari rumahnya. Biasanya Ana berbasikal ke sana, tapi hari ini
dia ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Tak ada mood nak kayuh basikal.
Di halaman rumah dua
tingkat milik Mak Wan menjalar sebuah kereta besar. Ana tak ada hati pun nak
tengok apa jenis kereta itu. Yang buat dia tertanya-tanya, siapa agaknya
gerangan yang bertandang ke rumah Mak Wan hari ni?
“Assalamualaikum Mak
Wan...!” Ana memberi salam di pintu dapur.
“Wa’alaikumsalam,
masuk Ana!” suara Mak Wan kedengaran. Perlahan Ana melangkahkan kaki masuk ke
dalam rumah melalui pintu yang memang sedia terbuka.
Mak Wan sedang
bersarapan rupanya. Bersama dengannya ada seorang lelaki muda.
“Mari kita sarapan
sama-sama Ana, duduklah!” Mak Wan mempelawa. Siap tunjuk kerusi kosong kat
sebelah lelaki muda tu. Ana jadi serba-salah. Dia jeling kerusi sebelah Mak
Wan. Ada tudung saji diletakkan atas kerusi tu.
“Duduk kat sebelah
Imran tu...” kali ni Mak Wan tunjuk kerusi tu dengan muncung mulut dia pulak. Nak tak nak Ana duduk juga di
sebelah lelaki tu.
“Kenalkan, anak saudara
Mak Wan, Imran Hakimi...” Ana dan Imran berpandangan seketika ketika Mak Wan
memperkenalkan mereka.
“Saya Ana Nabila,
jiran Mak Wan...” Ana turut perkenalkan diri. Lelaki itu menganggukkan
kepalanya.
“Makan Ana...” Mak
Wan letakkan sepinggan nasi goreng kampung beserta telur mata kerbau depan Ana.
Alhamdulillah, rezeki. Kat rumah tadi dia langsung tidak menjamah sarapan.
Ana tengok Imran
pegang cawan dengan tangan kiri. Ishk... tak ada adab dia ni, Ana cakap dalam
hati. Tapi kemudiannya baru dia perasan. Imran memakai anduh di tangan
kanannya. Dan pergelangan tangan kanannya berbalut, err... dia cedera ke?
“Jatuh masa main
bola tampar, retak pergelangan tangan,” Imran cakap sambil senyum pandang Ana
yang terjengah-jengah pandang tangan kanan dia dari tadi. Gelagat gadis polos
yang nampak sopan dan malu-malu itu mencuit hatinya.
Inilah agaknya gadis
yang Mak Wan ceritakan kepada dia malam tadi. Gadis malang yang sering dibuli
oleh emak tiri dan juga anaknya. Gadis yang begitu rajin dan ringan tulang
membantu Mak Wan di rumah ini. Selalu menemani Mak Wan berbual ketika emak
sedaranya itu kesunyian di rumah besar ini.
“Ana, teman Imran
makan ya. Mak Wan nak tengok Mak Awa kat dapur tu.” Lepas cakap Mak Wan terus
angkat pinggan dan cawan yang dia gunakan dan terus menuju ke dapur. Oh ya, Mak
Awa tu adalah pembantu di rumah ini.
Kalau Ana tahu Mak
Wan nak tinggalkan dia dengan Imran di meja makan ni, dia lebih rela tak
bersarapan hari ni. Segannya.
“Awak! Kenapa tak
makan?” Imran pandang Ana berselang-seli dengan pandang pinggan yang masih
belum luak isinya.
“Encik tu, kenapa
tak makan?” Ana pandang pinggan Imran dan cakap benda yang sama. Seketika dia
tersedar kewajaran dia bersikap lancang seperti itu. Mulut ditutup dengan tapak
tangan kanan.
“Saya tanya awak,
awak tanya saya balik eh? Nampak tak
tangan saya berbalut ni? Macam mana saya nak makan? Takkan nak suap guna tangan
kiri?” Imran tunjukkan tangan kanan dia yang berbalut, siap disokong dengan
anduh lagi.
“Habis tu macam mana
Encik Imran makan selama hari ni?” Ana bertanya dengan polos. Imran senyum
melihat kenaifan Ana.
“Tapi, boleh guna
sudu dan makan dengan tangan kiri, kan?” Ana capai sudu dan tayang depan Imran.
Lepas baca doa makan Ana sudu nasi goreng ke dalam mulut.
“Saya ingat awak
ambil sudu tu tadi sebab nak suap saya makan. Rupanya suap diri sendiri...”
Imran mengusik.
“Eh, takkanlah encik
nak saya suapkan pula, kan?” Ana pandang Imran dengan muka pelik.
“Tak boleh ke?”
“Memang tak
bolehlah...” Ana sambung suapan. Dia mahu cepat-cepat habiskan sarapan dan
tolong Mak Awa di dapur. Daripada dia suap mulut Imran, lebih baik dia suap mulutnya
sendiri. Dia pun lapar sangat, sejak malam tadi dia belum menjamah sebarang
makanan.
Cuti menunggu
keputusan SPM memang dihabiskan dengan menolong Mak Awa di rumah ini. Atas
permintaan Mak Wan. Kerana Mak Awa tu sudah hampir enam puluhan umurnya. Dah
tak berapa larat nak menjaga rumah besar dua tingkat ini. Mak Wan tu pula
rasanya lebih tua sedikit je daripada
Mak Awa. Jadi memang Ana selalu ke mari untuk membantu apa yang patut.
“Kalau saya minta
awak tolong suapkan saya makan, boleh?” Imran bersuara sambil pandang tepat
kepada Ana. Terkebil-kebil Ana dibuatnya. Sempat Imran meneroka rupa paras
gadis pingitan di sebelahnya ini. Muka bujur sirih, mata coklat yang besar dan
bercahaya, bibir bak delima merekah dan senyuman dia nampak sempurna dengan gigi
putih yang tersusun bak mutiara.
“Ala, macam nurse rawat pesakit tu...” Imran mencuba
nasib. Suka dia melihat wajah serba-salah gadis muda ini. Sengaja dia tolak
pinggan ke sebelah kiri. Dekat dengan pinggan nasi goreng Ana.
Ana pandang pinggan
nasi goreng milik Imran. Memang nampak belum berusik langsung. Dia betul-betul
tak boleh suap makanan sendiri ke?
“Cepatlah suap, saya
lapar ni... dari malam tadi saya belum makan. Segan nak minta Mak Wan ataupun
Mak Awa suapkan. Nasib baik awak datang. Lagipun awak memang part time kat sini, kan?” Imran buat
rayuan gombal.
‘Part time?’ Memanglah dia part time di sini. Dia menolong Mak Awa
menyelesaikan kerja-kerja rumah dengan sedikit bayaran. Tapi suap menyuap orang
bukan dalam bidang tugas dia rasanya. Mak Wan tu, demam macam mana sekali pun
tak pernah Ana suapkan makan dia.
Tapi... ishk, lelaki
ni tangannya berbalut sebab mengalami keretakan. Dia memang tidak berupayalah
kiranya ni. OKU gitu.
Ana tarik nafas dan
capai sudu dalam pinggan nasi Imran. Perlahan dia sudu nasi dan diangkat
separas mulut Imran.
“Tu dah kenapa pulak nak bersuap-suap? Ingat makan
beradap pengantin baru ke apa?” suara Mak Wan membuatkan sudu di tangan Ana
terlepas. Langsung bertabur nasi goreng atas seluar Imran. Cepat-cepat Imran
bangun dan mengibas-ngibas seluarnya. Ana apa lagilah, gabra tak tentu arah
dibuatnya.
“Mak Wan ni potong
stim betullah. Im baru nak manja-manja dengan Ana...” dengan tak malunya lelaki
itu bercakap sambil tunjuk muka tak puas hati kepada emak saudaranya itu.
“Kalau nak
bermanja-manja, kahwin! Ha, masa tu bermanjalah puas-puas dengan isteri kamu!”
Mak Wan tak bagi chance.
Imran hanya mampu
memerhatikan Ana yang menonong ke dapur sambil membawa pinggan dan cawan ke
dapur. Nasi yang bertabur di bawah meja tadi Ana kutip dengan tangan.
‘Hai, bosannya!’
Imran bercakap dengan diri sendiri. Pergelangan tangan kanan yang sesekali
terasa berdenyut-denyut membuatkan muka dia berkerut. Dah hampir sejam dia
duduk di beranda tingkat atas rumah dua tingkat ini. Sejam itu juga dia
menghadap laptop, melayari internet. Susah gila terkial-kial menaip dengan
tangan kiri.
Suara orang
berbual-bual di tingkat bawah menarik perhatiannya. Dia bangun lalu menjenguk.
Ah, gadis pingitan itu sedang berbual dengan Mak Wan rupanya. Sambil tu lincah
tangannya menggembur tanah di dalam pasu. Habislah, kena jadi tukang kebun Mak
Wanlah nampaknya gadis itu.
Cekap gadis itu
bekerja. Nampak manis dia berbaju kurung kain kapas. Walaupun baju kurung itu
sudah kelihatan agak lusuh namun tetap nampak menarik kepada si pemakainya.
Tiba-tiba Imran mendapat idea.
“Mak Wan!” Imran
memanggil ibu saudaranya yang ralit membelek-belek bunga dalam pasu. Apabila
mendengar suara dia kedua-dua perempuan itu mendongak mencari wajah si
pemanggil.
“Hah, ada apa?” Mak
Wan jawab sambil bercekak pinggang. Walaupun emak saudaranya ini memang jenis
yang garang dan tegas namun Imran tetap suka ke mari.
“Boleh pinjam budak
tu kejap?” Imran tunjuk dengan muncung kepada gadis yang berada di sebelah Mak
Wan.
“Kau nak pinjam Ana?”
Imran mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Mak Wan.
“Nak buat apa?”
“Nak minta dia
tolong menaip...” Idea nak minta bantuan Ana muncul di fikiran. Dia pasti Ana
biasa menggunakan komputer. Alah, budak-budak zaman IT, biasalah. Pasti dia
orang fasih sangat melayari internet dan sebagainya.
“Sekarang ke?” Mak
Wan tanya.
“Taklah... tahun
depan pun boleh!” Imran main-main.
“Ha, baguslah... kau
tunggu jelah sampai tahun depan sebab
sekarang Ana ni tengah nak tanam bunga!” Mak Wan pun main-main sebenarnya. Tapi
Imran dah buat muka seposen.

comel nyer ana dan imran ni....
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca dan tinggalkan komen Sis Rina Rahman...
DeleteBest le cite ni
ReplyDelete