Bab 5
“Mak Wan rasa macam
nak je jumpa dengan Aminudin tu.
Ceritakan perangai sebenar isteri dia tu. Nak juga nasihatkan Aminudin tu
supaya sekolahkan Ana tu ke peringkat tertinggi. Sayang, Ana tu rajin belajar
dan pandai budaknya. Kalau Aminudin tu tak ada duit, Mak Wan boleh bagi pinjam
duit.” Bersungguh nampaknya Mak Wan hendak membantu Ana. Sah lagi nyata, Mak
Wan ambil berat dan sayangkan Ana.
“Ayah Ana tu kerja
apa Mak Wan?” makan sambil berbual-bual, tak sedar pun habis semangkuk bubur
jagung dimakan. Sedapnya bubur jagung ni, adakah sebab Mak Awa yang pandai
memasak bubur ataupun sebab gadis pingitan yang merincih jagung itu tadi?
“Ayah dia tu pemandu
lori, jarang berada di rumah. Kadang-kadang dia buat juga kerja-kerja kampung
macam orang lain kalau ada masa. Dia orang tu bukanlah susah sangat, cuma
Kartina tu... suka menyusahkan keadaan. Sejak Aminudin berkahwin dengan Kartina
tu, tak pernah senang hidup dia Mak Wan tengok. Berhempas pulas Aminudin tu
bekerja sebab nak bagi kesenangan kepada keluarga, tapi yang bersenang-lenang
di rumah tu, dua beranak itulah. Mak Wan rasa kalau Aminudin tak kahwin dengan
Kartina tu pasti hidup dia dengan Ana lebih senang, lebih terjamin!” tu dia...
panjang lebar penerangan Mak Wan. Kalau tak mengenangkan Mak Wan ni dah berumur
nak je Imran tuduh dia ada hati
dengan ayah Si Ana tu!
Imran tambah lagi
dua senduk bubur jagung ke dalam mangkuk. Dia tengok mangkuk bubur jagung Mak
Wan masih penuh. Aikk... emosi sangat
ke sampai tak lalu nak makan?
“Yang lebih teruk
lagi kan Im, khabarnya minggu depan Mak Bedah nak merisik Si Ana tu!”
“What!” Imran langsung tersedak air teh
‘o’ yang baru diminum seteguk. Bersembur air teh ‘o’ dalam mulut. Langsung dia
bangun dan terbatuk-batuk di kekisi beranda.
“Kamu ni Im, dengar
Si Ana tu nak dirisik beria-ia tersedak ya. Ada apa-apa ke?” Mak Wan menyerkap
jarang.
“Ishk... apa Mak Wan ni. Im terperanjat
ajelah...” Imran masih terbatuk-batuk
kecil. Seakan terasa air teh ‘o’ itu memasuki rongga hidungnya tadi. Berair
mata jugalah dibuatnya.
“Mak Bedah tu
merisik Ana untuk siapa?” Imran duduk balik di kerusinya tadi.
“Untuk anak dia, Rumaizi
yang jadi pegawai tentera di Sabah tu...”
“Rumaizi? Mizi?”
Imran kenal Mak Bedah dan suaminya Pak Leman tu kerana dia pernah beberapa kali
ke kedai runcit mereka. Dia tahu Mak Bedah dan Pak Leman tu ada tiga orang anak
lelaki. Mizi ni mungkin anaknya yang sulung. Kalau tak salah Imran, Mizi itu
sebaya dengannya.
“Yelah, budak Mizi
yang handsome, tegap dan berkulit
hitam manis tu... Im kenal dia, kan?” Amboi Mak Wan, siap puji Mizi lagi tu. Handsome sangat ke?
“Kenal gitu-gitu je la Mak Wan. Tapi, bila masa dia
dengan Ana bercinta? Budak-budak zaman sekarang ni memang pelik. Di bangku
sekolah lagi dah sibuk nak bercinta!” Imran mencebik. Ingatkan Ana ni stok-stok
dara pingitan. Rupanya nan ado!
“Bila masa pulak Ana dengan Mizi bercinta? Mak Wan
tak ada cakap macam tu pun?”
“Oooo...tak ada
cakap eh?” biru birat rasa muka Imran
masa ni. Itulah, cakap ikut suka hati lagi, kan dah malu?!
“Mak Wan cuma kata
Mak Bedah nak merisik Ana untuk Mizi. Hai, entahlah... Ana tu Mak Wan yakin dia
tak ada boipren, tapi Si Mizi tu... ishk, takkanlah tak ada sesiapa di hati
dia. Jangan-jangan dia dah ada pilihan hati. Masa belajar di universiti dulu,
pernah juga dia bawa kawan perempuan balik. Tapi... entahlah. Naik risau pulak Mak Wan ni kalau terkenangkan Si
Ana tu. Kalaulah Mak Wan ada anak lelaki, Mak Wan kahwinkan dia dengan Ana!”
sampai macam tu sekali harapan Mak Wan. Nampak benar dia mahu melindungi Ana.
Siapa Ana ni?
Istimewa benar nampaknya gadis itu di
mata Mak Wan. Imran menggaru-garu dagunya yang gatal dengan tangan kiri.
Tangan kanannya ini, bilalah nak berfungsi macam biasa? Hai, baru Allah SWT uji
dengan kesakitan yang sedikit dia dah mengeluh. Bukankah sakit itu menjadi
kifarah dosa-dosa kecil Imran? Bertabahlah.
“Susah-susah sangat
kamu ajelah kahwin dengan Ana tu Im. Senang hati Mak Wan...!” rasa nak
bersembur bubur jagung dalam mulut Imran sebaik Mak Wan habis bercakap. Cepat-cepat
telapak tangan kiri melekap di mulut. Dia menggelengkan kepala.
“Tak nak? Apa kata
orang sekarang... bukan taste? Gitu?”
Mak Wan jegil mata pandang wajah Imran. Inilah satu-satunya anak saudara yang
rapat dengannya. Imran rajin menelefon dan bertanya khabar walaupun ketika dia
jauh di Tanah Ratu menyambung pengajiannya dahulu. Papa Imran adalah adik Mak
Wan dan mereka hanya dua beradik sahaja.
“Bukan taste saya... he he he...” Imran gelak kecil. Memang bukan taste dialah budak tak cukup umur tu. Gila ke dia nak kahwin dengan
budak lepasan SPM?
Pagi itu lepas je bersarapan Imran terus duduk di
beranda tingkat atas. Dari atas sini senang untuk dia nampak sekiranya Ana
datang. Menurut Mak Wan kebiasaannya Ana akan datang sekitar jam 7:30 pagi. Tapi
sekarang ni jarum jam sudahpun menginjak ke angka 8 pagi. Kelibat Ana masih
belum kelihatan. Imran sudah semakin resah.
Penantian adalah
suatu penyiksaan. Dan buat pertama kalinya Imran bersetuju dengan kata-kata
tersebut. Menanti Ana datang seakan menanti buah yang tak gugur.
Dia hampir-hampir
berputus asa setelah menunggu hampir dua jam di beranda itu. Cahaya matahari
pun sudah mula menyinar dengan terik. Mujurlah ruang beranda ini luas, jadi
cahaya matahari tidak memasuki ruang di mana Imran sedang duduk.
Imran bangun dan
berkira-kira untuk masuk ke dalam apabila dia nampak kelibat orang yang
ditunggu datang dari arah kiri rumah.
“Ana! Lama abang
tunggu! Ingatkan Ana tak datang!” dengan terujanya Imran menjerit dari tingkat atas.
Langsung terhenti langkah Ana. Pantas gadis itu mendongak dan memandang wajah
Imran dengan sedikit hairan.
Mengapa pula Imran
menunggu kedatangannya? Lagi satu, dia dengar Imran membahasakan dirinya
‘abang’ sebentar tadi. Err... Ana
rasa janggal. Sangat janggal!
“Ana! Mari masuk dulu.
Ada orang tu dari tadi lagi dok panjang leher menunggu. Sikit lagi nak jadi
zirafah. Sabar jelah...!” aduh, Imran
dengar kata-kata berbaur perli-perlian daripada Mak Wan. Malunya dia rasa. Tak
sangka Mak Wan perhatikan gelagat dia rupanya.
Tapi dah alang-alang
malu, baik dia minta Ana terus naik atas je.
Takkan jadi masalah pula kalau Ana tidak membantu kerja-kerja rumah seperti
kebiasaannya. Mak Awa tu walaupun sudah berumur namun dia masih lagi kuat dan
sihat. Lagipun dia nampak Mak Awa dah siap menyidai kain pun pagi tadi.
“Mak Wan! Hari ni Im
nak pinjam Ana!” Imran laung kepada Mak Wan yang berdiri di luar pintu rumah,
di tingkat bawah.
Imran senyum ketika
nampak emak saudaranya mencebik kepada dia. Senyum itu menjadi bertambah-tambah
lebar apabila lima minit kemudian Ana sudah terpacak di depan dia.

best nak lagi.
ReplyDeleteBaby Mio... terima kasih.... nanti saya pos lagi ya...
DeleteSaya baca marathon terus besttt
ReplyDelete*sudi2 singgah blog saya hihi zianaeunos.blogspot.com
Terima kasih Sis Ziana... ohhh... dah jengah blog sis tu... (Y)
DeleteWahhhh... penulis baru ke? Permulaan yang baik... bab ke bab makin menarik... teruskan menulis... tak sabar nak baca entry seterusnya...
ReplyDeleteTerima kasih sudi komen Miss Anonymous... teruskan membaca ya...
Deleteteruskan.... teruskan....hehe
ReplyDelete